Penemuan sains berada dalam kerangka ketauhidan, justeru itu sains tidak membawa kerosakan kepada sekalian alam termasuk haiwan, tumbuhan dan alam sekitar.

Kajian sains bermatlamatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT bersesuaian dgn firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran kami) kepada ulil albab. Yakni mereka yang mengingati Allah di dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring seraya memikirkan tentang kejadian langit dan bumi. Mereka mengatakan, wahai Rabb kami sesungguhnya tidaklah engkau menjadikan ini dengan sia-sia belaka. Maha Suci Engkau, selamatkanlah kami daripada azab neraka.”

(Surah Ali Imran : 190)

Tuesday, October 4, 2011

Visit Google during GOP Silicon Valley on 9 June 2011



Company Background
§Googleplex” in Santa Clara, California
§Founded by Larry Page and Sergey Brin while attending Standford University as PhD student
§Incorporated in 1998 
§Representative: Dr. Yuewei Wang

Discussion
§ The principal applied by Google to be what they are today
§Experienced their unique working environment
§ Google’s latest update: Android & 3D Google Maps
§20%  of their working is provided as free time – they can spend for example, for their hobby

 free to ride 




lunch time





Take Home Message:
  • “Users comes first, money will follow” quoted from the founders
  • Gives inspiration to be innovative

Meet outstanding person during GOP Silicon Valley visit on 8 June 2011


Dr. Anand Jagannathan (Founder and Chief Executive Officer), Newzstand Corp.



Background:
§Newzstand enables organizations to aggregate, extract, classify, and organize online and real-time content from online sources including news, websites, web logs, social media, search engines, and trade publications
§Anand Jagannathan, Ph.D, is Founder of Newzstand Corp. (formerly Kriyari, Inc.) and serves as its Chief Executive Officer. Dr. Jagannathan Founded Responsys, Inc. in April 1998 and served as its Chairman of the Board. He served as President of Kriyari, Inc. Dr. Jagannathan founded Reach Software. Dr. Jagannathan also founded Banyan Systems where he designed the first PC-based, multi-purpose network server, Banyan Vines. He started his career at Bell Labs and has received three patents for his work at Bell Labs, Banyan, and Reach. Dr. Jagannathan serves as a Director of Moai Technologies, Inc. Dr. Jagannathan holds a Ph.D and MS in Computer Science from Rice University, and a BS in Electrical Engineering from the Indian Institute of Technology, Kanpur, India.

Discussion:
§Concept of info is changing
§News, articles can be view/search online
§Using new technologies: Cloud Server (Amazon)
§Combine the technology
§Ideas that can solve people’s problem / that can make life more easier
§Technology is going to change – always updated
§Narrow down the idea
§Asian always scared to fail
§Don’t give up, moving forward and focus on your idea.

Take Home Message:
§Everyone can success, but just follow on your dream and do it!

Friday, August 12, 2011

Tanpa Cahaya Timbul Kegelitaan


Cahaya yang bersumberkan matahari merupakan satu daripada ekosistem yang disediakan oleh Allah SWT untuk kemenafaatan makhluk alam sejagat.  Proses fotosintesis memerlukan tenaga cahaya untuk membolehkan tumbuhan hijau menghasilkan makanan sendiri.  Fotosintesis melibatkan dedaun hijau yang mempunyai klorofil [1] menyerap tenaga cahaya dan  menggabungkan karbon dioksida serta air untuk menghasilkan oksigen dan glukosa.  Produk yang terhasil amat bermenafaat untuk kelestarian kehidupan makhluk di alam sejagat ini.  Proses ini amat menepati dengan firman Allah:

“Dia telah yang menjadikan untuk kamu api dari pohon kayu hijau, maka seketika itu juga kamu menyalakan api darinya”  (Yaasin, 36:80).

Pada awal penurunan ayat ini, mereka hanya mengaitkan kayu kering yang dijadikan sebagai bahan bakar tetapi dengan penemuan sains terkini pada abad ke-20, api dikaitkan dengan oksigen sebagai bahan sampingan yang terhasil daripada proses fotosintesis. 

Fenomena cahaya telah lama dikaji oleh saintis dan mereka mampu untuk membuat eksperimen tentang sifat-sifat cahaya serta mengeluarkan beberapa teori tentang cahaya.  Cahaya yang membolehkan sesuatu dapat dilihat, tanpa cahaya, suasana menjadi gelap gelita dan tidak berupaya melihat objek dalam kegelapan.

Terkini cahaya yang dijadikan sebagai medium untuk penyampaian data dalam serat optik membolehkan perpindahan maklumat berlaku sepantas kelajuan cahaya itu sendiri (299792.5 km/s).  Kelajuan ini juga telah disebut dalam al-Quran:


“Dialah (Allah) yang menciptakan Matahari bersinar dan Bulan bercahaya dan ditetapkannya tempat bagi perjalanan Bulan itu, agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan ” (Yunus, 10:5).
“Dialah (Allah) yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan masing-masing beredar dalam garis edarnya” (Anbia, 21:33).

Boleh juga baca penulisan Dr. Mansour Hassab-Elnaby tentang kiraan kelajuan cahaya, c = 299792.5 km/s yang merujuk kepada ayat-ayat tersebut [2].

“Dia mengatur urusan dari langit ke Bumi, kemudian (urusan) itu kembali kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun menurut perhitunganmu” (Sajdah, 32:5).

Dapat disimpulkan jarak satu hari bagi urusan Allah adalah bersamaan dengan 1,000 tahun atau 12,000 bulan. Ada yang beranggapan itulah kelajuan cahaya bagi mengendalikan urusan tersebut. Dalam tafsir Ibn Katsir [3], amalan di bawa ke langit dalam sekelip mata di mana jarak antara bumi dan langit adalah perjalanan 500 tahun dan ketebalan tujuh lapisan langit adalah 500 tahun.

Teori tentang Cahaya
Saintis berpandangan cahaya mempunyai dua bentuk iaitu gelombang dan partikel.  Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (965-1040) telah melakukan eksperimen kamera lubang jarum untuk membuktikan cahaya bergerak lurus dan memasuki mata.  Cahaya yang terpancar ke objek dan dipantul ke mata, diproses oleh otak (tenaga cahaya bertukar menjadi isyarat elektrik).  Al-Haitham berpendapat cahaya terdiri daripada partikel, begitu juga Isaac Newton (1642-1727) dan telah mengemukakan pandangan tentang pembiasan cahaya apabila melalui medium yang berbeza.

Robert Hooke (1635 – 1703) menjadi saintis pertama yang memperkenalkan cahaya dalam bentuk gelombang. Teori ini kemudiannya disokong oleh Christian Huygens (1629 – 1695) yang menyatakan bahawa cahaya adalah gelombang-gelombang kecil yang tersebar daripada gelombang yang terdapat pada punca cahaya. Namun demikian, pandangan ini dipertikaikan oleh Isaac Newton.

Manakala Michael Faraday (1791 – 1867), James Clark Maxwell (1831 – 1879) dan Frank Hertz (1857 – 1894) berpegang yang cahaya adalah terdiri daripada gelombang elektromagnetik yang mempunyai frekuensi dan berkaitan dengan medan elektrik dan magnetik.

Albert Einstein (1879 – 1955) telah mengeluarkan teori yang cahaya terdiri daripada foton (localized particles) atau kuanta. Setiap gelombang yang ada frekuensi dikaitkan dengan sekumpulan foton yang mempunyai tenaga.  Pandangan ini pun selari dengan teori cahaya terdiri daripada partikel.

Dapatan teori sebegini telah membantu kajian seterusnya contohnya aplikasi cahaya untuk kegunaan penghantaran maklumat dalam serat optik.  Fenomena bentuk atau sifat cahaya akan terus melalui evolusi selagi kajian dijalankan.  Pelbagai teori akan terus diterbitkan dan kemungkinan semuanya benar, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui setepat-tepatnya hakikat cahaya.

Cahaya Allah Menerangkan Kegelitaan
Cahaya telah disebut secara jelas dalam Al-Quran iaitu dalam Surah an-Nuur (24) ayat 35 di mana Allah berfirman:




“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya) yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Beberapa kata kunci yang menarik dalam ayat tersebut ialah i) lubang tak tembus, ii) pelita, iii) kaca, iv) bintang bercahaya, v) pohon yang berkahnya, vi) timur dan barat, vii) cahaya dan ix) api. 

Cahaya Ilahi yang di luar jangkauan pengetahuan manusia.  Ayat ini (Surah An-Nuur: 35) memberi perumpamaan untuk mendekatkan kefahaman manusia ketika kita tidak akan mampu mengkaji punca dan hakikat cahaya Allah [4].  Pelita dalam kaca akan tetap terus semakin cerah dan gemerlap kerana terlindung daripada tiupan angin (lubang tak tembus).

Pohon zaiton yang mempunyai banyak menafaatnya, minyak yang baik dan berupaya memberi cahaya yang sangat terang.  Pokok zaiton yang tumbuh bukan timur dan bukan barat yang membawa maksud, ia ditanam di kawasan lapang atau di tempat tinggi dan sentiasa mendapat cahaya matahari dari pagi hingga ke petang [3]. Pokok sebegini mampu menghasilkan minyak zaiton yang baik dan memberi cahaya yang sangat terang [3], [5].  Minyak yang baik ini dikaitkan dengan al-Quran dan syariah yang menjadi panduan dalam mendapat cahaya kebenaran ini [3]. 

Dalam Tafsīr Ibn 'Abbās [6], cahaya di atas cahaya bermaksud lampu mengeluarkan cahaya, kaca juga mengeluarkan cahaya dan minyak pun dapat mengeluarkan cahaya.  Seseorang yang beriman telah diberikan Allah cahaya di dalam hatinya dan seterusnya berpegang kepada ilmu dan petunjuk yang didapati daripada Al-Quran.  Keperluan ilmu pengetahuan melalui panduan Al-Quran akan mendapat cahaya Allah untuk memastikan mereka yang terpilih sentiasa berada di jalan kebenaran.

Kita sentiasa mesti mendekatkan diri kepada Allah, supaya cahaya akan diberikan kepada kita dan terus menerima cahayaNya hingga ke hari kiamat.  Dalam ayat yang lain:
“Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya, supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman” (Al-Ahzab, 33: 43).

Mereka yang terpilih untuk mendapat cahaya Ilahi, bebas daripada kegelapan dikira sebagai mendapat rahmat daripada Allah SWT.  Moga di bulan Ramadhan 1432H, kita akan menjadi manusia yang terpilih oleh Allah untuk mendapat cahayaNya dan seterusnya tergolong dalam mereka yang sentiasa mendapat rahmatNya.

Rujukan:
1.      Yusuf al-Hajj Ahmad, Sains Moden Menurut Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah, (cetakan ke-3). Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, Johor. 2011, ms. 591-593
2.        Dr. Mansour Hassab-Elnaby, A New Astronomical Quranic Method for The Determination Of The Greatest Speed C, http://www.islamiska.org/e/Speed.htm
3. Alama Imad ud Din Ibn Kathir, Tafsir Ibn Katsir,     http://www.quran4u.com/Tafsir%20Ibn%20Kathir/PDF/024%20Nur.pdf. 
4.           Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zhilalil Quran, Jilid 8 (terjemahan), Gema Insani Press, Jakarta. 2004.
5.        Sayyid Abul Ala Maududi - Tafhim al-Qur'an - The Meaning of the Qur'an, Surah An-Nur: 35.
6.           Tanwīr al-Miqbās min Tafsīr Ibn 'Abbās, attributed to: 'Abdullāh Ibn 'Abbās dan Muammad al-Fīrūzabādī, diterjemahkan oleh Mokrane Guezzou, http://www.altafsir.com/Books/IbnAbbas.pdf. Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, Amman, Jordan. ms. 391.


Friday, November 26, 2010

Jubin (Tiles) Mengharmonikan Matematik dan Seni

Kita berada di alam yang serba simetri yang menghasilkan keharmonian dan keseimbangan. 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah. “
(Surat al-Mulk : 3).
Harun Yahya mengatakan…..
.. Jika sebuah bentuk yang sesuai atau sangat seimbang didapatkan melalui unsur penerapan atau fungsi, maka kita dapat mencari fungsi Nisbah Emas (Golden Ratio) padanya.  Angka Emas bukanlah hasil dari imaginasi matematiks, akan tetapi merupakan kaedah alam yang terkait dengan hukum keseimbangan.. Rujuk (http://www.harunyahya.com/indo/artikel/068.htm#notes) untuk maklumat lanjut.

Nisbah emas adalah nisbah pengukuran yang menyenangkan mata memandang dan terdapat banyak dalam kehidupan kita. Ianya adalah ukuran lebar sesuatu objek sebanyak 2/3 (1.618) daripada ketinggiannya. Contohnya, nisbah emas pada tubuh manusia antara pusat dan telapak kaki dianggap berjarak 1 unit, maka tinggi seorang manusia setara dengan 1.618 unit.  Beberapa nisbah emas lain pada tubuh manusia adalah:
a)      Jarak antara hujung jari dan siku / jarak antara pergelangan tangan dan siku
b)      Jarak antara garis bahu dan unjung atas kepala / panjang kepala
c)      Jarak antara pusat dan hujung atas kepala / jarak antara garis bahu dan hujung atas kepala
d)     Jarak antara pusat dan lutut / jarak antara lutut dan telapak kaki.

Rajah 1: Lukisan Leonardo da Vinci menunjukkan pembahagian dalam tubuh manusia berasaskan Nisbah Emas
Pembahagian menurut nisbah emas yang dicipta Allah SWT terdapat dalam kosmologi, muzikolgi dan kaligrafi sejak abad ke-10 lagi.  Mereka dilihat sebagai kunci untuk mencari harmoni dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Simetri didefinisikan sebagai  pembahagian yang harmoni [1]. Ahli matematik seperti Klein [3] berpandangan simetri adalah keseimbangan yang dihasilkan oleh pergerakan oleh sesuatu bentuk yang sama atau pergerakan oleh sesuatu kumpulan yang sama. Konsep kumpulan menjelaskan peraturan yang mentadbir aspek pengulangan (repetitive) simetri.  Contohnya jika kita dibenarkan untuk membuat satu langkah, seterusnya kita boleh membuat langkah yang sama berulang kali.  Setiap ulangan akan membawa kita kepada kedudukan asal (titik permulaan) sebagaimana bayangan dalam cermin, dengan dua pantulan akan membawa kita kepada tempat permulaan seperti jubin (corak yang sama) di atas lantai yang luas.

Simetri pada sesuatu corak adalah pergerakan kaku (rigid motion) tanpa berlaku perubahan pada corak.  Corak jubin yang terdapat di al-Hambra boleh memudahkan kefahaman tentang matematik simetri.
Rajah 1 menunjukkan empat jenis simetri yang terdapat di al-Hambra iaitu:
i)                    Penterjemahan (Translation) – Corak bergerak dengan jarak yang tetap dalam arah linar
ii)      Putaran Sudut dan Pusat (Rotation Center and Angle) -  Corak diputar pada suatu sudut dan pusat yang diberikan
iii)                Pantulan (Reflection)– Corak bergerak sebagai bayangan cermin sepanjang suatu garisan
iv)    Pantulan secara meluncur (Glide reflection) – Corak diterjemahkan pada satu arah dan dipantul mengikut garisan yang selari dengan arah terjemahan.

Rajah 2:  Empat jenis simetri (i) Penterjemahan (ii) Putaran Sudut dan Pusat , (iii) Paksi Pantulan Simetri  (iv) Paksi Pantulan Meluncur dengan Vektor Penterjemahan [1]

Rajah 3: Bintang dengan 8 bucu [2]

Foto 1: Bentuk bintang  8 bucu yang terdapat di al-Hambra
(Diambil semasa lawatan ke Granada, Spain 18-19 Jun 2010)

Foto 2: Simetri yang terdapat di al-Hambra
(Diambil semasa lawatan ke Granada, Sepanyol, 18-19 Jun 2010)

Foto 3: Simetri yang terdapat di al-Hambra
(Diambil semasa lawatan ke Granada, Sepanyol, 18-19 Jun 2010)

Artis muslim terdahulu menyatakan perasaan (ekspresi) mereka terhadap simbol geometri melalui visual arts.  Artis muslim tidak boleh menggunakan gambaran manusia atau binatang untuk dijadikan lukisan mereka, jadi mereka menggunakan sepenuhnya symbol geometri untuk menyatakan perasaan dalam lukisan mereka. Ianya juga digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan prinsip Islam dan keagungan penciptanya.  Antara bentuk geometri yang kerap digunakan ialah bintang berbucu 8 seperti dalam Rajah 2. Angka 8 menunjukkan dualiti kepada 4 elemen atau musim [2]. 

Alangkah baiknya sekiranya matematik dilihat daripada aspek kesenian dan keindahan.  Jika seseorang dapat membayangkan matematik dengan kaitannya dengan lukisan dan seni, kedua-dua otak kiri dan kanan telah digabungkan.  Jika mengira tertumpu kepada angka-angka yang banyak mengguna otak kiri, eloklah juga diseimbangkan dengan otak kanan untuk melakarkan perasaan apabila mempelajari matematik.  Jadi kaedah pembelajaran dan pengajaran dalam subjek matematik akan mengambil kira aspek-aspek kesenian dalam matematik yang mungkin boleh menarik minat kepada pelajar-pelajar yang mungkin bosan/penat dengan angka. Dan seterusnya tercetus daripada perasaan mereka: “I luv mathematics” (Dari aspek pendidikan, perasaan begini termasuk dalam domain afektif)

Sebagai kenangan daripada al-Hambra, Granada, Sepanyol, kami telah membeli jubin untuk digunakan sebagai penunjuk nombor rumah seperti dalam Foto 4.

Foto 4: Jubin nombor sebanyak 4 keping yang perlu dipasangkan dengan teliti

Rujukan:
1.      Raymond F. Tennant, Islamic Tilings of The Alhambra Palace: Teaching the Beauty of Mathematics, Zayed University, Abu Dhabi, United Arab Emirates
2.      Utku Ilktürk, Master Thesis, An Attempt to Combine Mathematics and Visual Arts A Research on Islamic Geometric Patterns, Capaian di http://gupea.ub.gu.se/bitstream/2077/20529/1/gupea_2077_20529_1.pdf, (11 November 2010)
3.      David Mumford, Caroline Series and David Wright, The Language of Symmetry (Chapter 1) in Indra’s Pearls: The Vision of Felix Klein, Cambridge University Press, April 2002.






Monday, November 8, 2010

Detik jam simbol kepelbagaian, menggunakan sistem automasi dan menekankan kejituan……..

Masa akan terus berjalan samada bersama atau tanpa kehadiran kita.  Masa yang berlalu sudah menjadi sejarah dan kita hanya merancang untuk masa yang akan datang.  Penentuan detik jam menjadi perkara utama dalam Islam apabila waktu solat, laungan azan, puasa pada bulan Ramadhan dan merayakan Eidul Fitri mesti dilaksanakan dengan penuh kejituan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
(Surah al-‘Ashr:1-3)

Di atas peringatan inilah, al-Jazari seorang  jurutera yang soleh dan berasal dari timur-selatan Turki telah mencipta jam yang menggunakan teknologi automatik dan berkonsepkan kepelbagaian.  Al-Jazari telah mengguna prinsip air Archimedes yang berasal dari Greek digabungkan dengan peralatan masa air dari India, gajah dari India, burung phoenix dari Arab, permaidani Parsi dan naga dari China serta patung-patung orang Arab.
Rajah 1 Jam Gajah

(Sumber: 1001 Inventions- Muslim Heritage in Our World, ms 16)
Masa ditentukan oleh mangkuk air (prinsip Archimedes / ghati India) yang berada dalam perut gajah tersebut. Mangkuk yang berlubang terapung dalam tangki air yang terdapat dalam perut gajah tersebut. Air akan memenuhi mangkuk ini, kemudiannya mangkuk ini akan tenggelam secara perlahan serta mangkuk ini akan senget sebelah dan menarik tiga tali yang disambung kepada mangkuk ini.  Tempoh yang diambil untuk mangkuk ini tenggelam bergantung kepada saiz lubang tersebut.  Apabila tali ditarik, bola yang terdapat dalam istana (rujuk Rajah 1), akan keluar dan masuk ke dalam mulut naga.  Dan naga ini akan membengkokkan badannya untuk memasukkan bola ke dalam tembikar. Ia akan menyebabkan mangkuk dalam tangki air akan terapung semula dan proses ini akan berulang untuk setiap setengah jam.  Burung phoenix akan mengeluarkan bunyi dan berputar setiap kali mangkuk tenggelam.  Muka jam di atas kepala Saladin akan memberitahu waktunya.   Jam ini akan di set semula dua kali sehari iaitu ketika matahari naik dan terbenam.  Sila ke http://www.youtube.com/watch?v=doYPp-gaJ0o untuk memahami dengan lebih mudah cara kerja jam ini.

Jam gajah yang berada di Ibn Battuta Mall, Dubai telah dibina semula seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:
Rajah 2 Jam gajah yang dibina semula
(Sumber: 1001 Inventions- Muslim Heritage in Our World, ms 17)
Al-Jazari seorang jurutera yang telah hidup lebih kurang lapan ratus tahun dahulu telah mencipta produk yang menggabungkan agama, sains, budaya dan seni.  Sistem automatik  terdapat dalam jam ini dan kejituan kerja al-Jazari adalah saiz lubang pada mangkuk yang diukur dan mengambil masa selama setengah jam untuk dipenuhi air, tenggelam dan proses ini berulang kembali.


Wednesday, October 27, 2010

Perkongsian tentang muzik oleh saudara Zulkarnain Jamaluddin

Ini adalah respon tentang topik Irama mengubati jiwa............... 


2010/10/26 Zulkarnain Jamaluddin <zulkarnain884@gmail.com>

 Satu lagi dari aspek time frame nya, muzik telah pun diterokai awal oleh muslim... Lebih kurang 1000 tahun, sebelum barat mula mengenali muzik, bermula pada Renaissance dan abad ke 17.

Muzik secara teorinya berasaskan skala. Skala-skala ini, yang rata-rata diajar disekolah muzik adalah skala barat (Western Scale),  dimana tertakluk kepada 12 note. 

Disebalik skala barat ini, ada lagi skala-skala lain yang agak terpencil. Skala yang 'terpencil' ini, maksudnya tidak di ajar secara meluas dan tidak berada dalam silibus ABRSM. Skala tersebut adalah Skala Arab, dan yang lain-lainnya skala China, Jawa dan Bali.

Dalam banyak-banyak skala 'terpencil' ini, skala Arab yang paling sistematik, mempunyai teori dan caranya yang tersendiri. Manakala Skala Cina, masih boleh di adaptasi ke atas alat muzik moden (seperti piano & gitar), dan skala Bali, tidak mempunyai pecahan-pecahan skala improv (improvisasion scale).

Manakala bagi skala arab, secara umumnya, terpecah kepada 7 (lebih kurang sama dengan taranum), iaitu Bayati, Nahwand, Hijaz, Sikah, Ajam dll... Dan 7 skala ini masih mempunyai anak-anaknya.


Aplikasi dan Cara Pembelajaran

Cara pembelajaran skala arab ini tidak boleh dipelajari melalui pembacaan (music reading), tetapi melalui telinga dan latihan; ada persamaan dengan taranum. Dan lagu-lagu yang mengikut skala arab ini pula, tidak dapat dimainkan oleh alat-alat muzik moden/konvensional seperti piano, keyboard dan gitar. Skala-skala dan lagu ini hanya dapat dimainkan oleh alat muzik yang tidak mempunyai fret, sperti oud  (gambus), dan violin, atau yang telah ditonakan seperti Qanun, dan Ney (seruling 'custom').

Notasi yang terdapat dalam skala arab ini sangat diskrit sehingga, jika dilihat pada piano moden, jika perlu untuk memainkan skala arab, sekurang-kurangnya perlu dipecahkan lagi satu not kepada 2 lagi not lain. Misalnya Not C dan C sharp bagi notasi Western. Bagi Skala Arab ada C1, C2, C sharp 1 dan C sharp 2.

Istilah lain dalam software, dipanggil 'micro-tuning'.


Aplikasi Skala arab dalam muzik moden

Contoh mudah Sami Yusuf, dan juga Maher Zain. Beberapa lagunya menerapkan unsur dan skala arab, misalnya dalam lagu duetnya dengan Mesut Kurtis (xingat tajuk) dan Barakallahulakuma...

Manakala dalam industri Malaysia, hanya M.Nasir yang banyak menerapkan irama-irama 'micro-tuning'. Dalam beberapa lagu di dalam album Phoenix Bangkit, dalam lagu Sahabat Gua dan Bila Rumi Menari. Ia tidaklah sepenuhnya mengikut skala arab, cuma beberapa notasi sahaja yang 'lari' dari tona konvensional. Begitu juga Yassin dalam album Salsabila... Selepas itu tiada lagi kedengaran skala-skala seperti ini dalam karya-karya mereka.

Nasyid? Banyak buat lagu arab... tetapi bukan skala arab. 

Skala yang sedikit berbeza ini akan mencetuskan kelainan dari kebanyakan dan kebiasaan... Resepi lain yang boleh mencetuskan kelainan dalam muzik adalah penggunaan chord & progression Jazz untuk irama yang ringkas dan cathcy... Lagu-lagu P.Ramlee (spt Getaran Jiwa, Jeritan Batin dll) dan Indonesia, banyak menggunakan pendekatan ini. 


Sekadar berkongsi... Sebab, Oud, Lute dll.. mengalami beberapa transformasi semasa 'fasa perpindahan' ke barat. Dari skala yang mempunyai notasi yang infiniti, dikecilkan skopnya kepada 12 note bagi setiap oktaf. Dan skala western ini juga mempunyai beberapa pecahan utama seperti major, minor, diminished, seventh, major seventh, dll... Makna kata, orang barat tidak cedok bulat-bulat... tetapi banyak inovasi dan pembangunan dilakukan ke atas bidang ini, sehinggalah ramai pehak termasuk tokoh agama, merasakan muzik adalah dari barat dan terlibat dengannya adalah haram. Saddu Zaraik katanya.. Hakikatnya, ia adalah hikmah mukmin yang keciciran...


Allahuaklam :)

Persatuan Saintis Muslim Malaysia - PERINTIS


Keterangan Logo
(a)       Bulan sabit – melambangkan agama Islam yang menjadi asas kepada penubuhan PERINTIS;
(b)       Cakerawala – melambangkan keluasan ilmu
(c)        Perkataan “PERINTIS” – nama rasmi pertubuhan.
Warna
(a)        Hijau – melambangkan agama Islam yang suci
(b)        Kuning, biru merah–spektrum warna primer, melambangkan ciri2 keMalaysiaan
(c)         orbit melambangkan kesejagatan, ikatan atom yang kuat, kelestrarian sains dan teknologi utk manusia dan alam sejagat


Visi  : Untuk menjadi wadah pilihan bagi saintis membawa rahmat ke seluruh alam
Misi : Menerajui usaha membangun, membudaya dan memanfaat sains demi kesejahteraan alam dan manusia
Motto : Sains untuk kesejahteraan alam

KEAHLIAN PERINTIS
1.         Ahli biasa: Keahlian ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berumur 18 tahun keatas, serta memiliki sekurang-kurangnya kelayakan ijazah sarjana muda dalam bidang sains dan teknologi.
2.         Ahli kehormat: Ialah individu yang dilantik berdasarkan sumbangan besar yang telah diberikan terhadap kemajuan sains dan teknologi.
3.         Ahli bersekutu: Keahlian ini terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas dan
(a)  bukan dari warganegara Malaysia serta bukan beragama Islam, atau
(b)   memiliki kelayakan dalam bidang selain daripada sains dan teknologi.
(c)   Mereka tidak boleh mengundi, diundi dan tidak boleh memegang jawatan dalam jawatankuasa PERINTIS